Saturday, October 27, 2012

Minat m.e.l.u.k.i.s




Musim menuai. Suatu pagi di sawah padi. -MataCahaya-

Takde koje..nahh..sawah padi yg tak berapa nak jadi..kene improve lg skill melukis nih.almaklum, da lame kutinggalkan zaman itu. zaman asal musim cuti sekolah start, aku melukis. sejak dari darjah empat aku menyedari bakat melukis ada dlm diriku. ayat poyo gile.ha2.. At least aku boleh melukislah..sebab..?

First.. masa tgh syok lukis, tiru lukisan enjin yg cikgu tampal kat blackboard depan kelas (time tu kelas kemahiran hidup, kena tau pasal enjin2 keta, dan cikgu wajibkan ktorg sume lukis)..aku dan yg lain pun dgn excited dok bersila depan kelas, pastu masing2 layan lokis..mata kejap tgk depan + kepala dongak, kejap tgk kertas + kepala tunduk..jadilah camtu utk berapa lama tak ingat. tak lama pastu, cikgu dtg..peranjat aku diwatnye..tetiba die announce satu kelas yg lokisan enjin aku lawa..owh..malu..blushing gakla..ha2..time tu darjah 4 ok..;)

start dari tu, aku suka melukis..lagi2 masa cuti sekolah.da boring tak wat papekan. aku start dengan meniru watak2 komik..paling byk adalah DragonBall dan SlamDunk..ingat lg..gokulah..hanamichilah..macam2 hal..pheww (buat2 kesat peluh..).

Second.. masa darjah lima..long story short..aku menang tempat pertama pertandingan melukis..peringkat sekolah..lokis sebatang pokok je pun..aisshh..xpe2..pembako semangat tuh..ha2..

sejak dari tu, aku suka melukis.. tapi tak pandai mewarna lg. naik je sekolah menengah, ade subjek pendidikan seni..dan cikgu yg mengajar sgt expert. dia byk mengajar tentang teknik melukis dan mewarna dgn betul.teknik mencampo warna..terutamanya bila guna watercolour. sonot gile time tuh. tapi tak tau nape aku tak menonjol bila kat sekolah..mungkin sifat rendah diri masih kuat menghantu..tapi, asal cuti sekolah je, aku try melukis dan mewarna..hasilnya..bagi aku bolah tahanlaa..adik2 lak cakap woww..!he2 ;) ingat nak upload kat blog nih tapi tak kesampaian..suma bukti telah dimakan anai2..sedih gk..tapi nak wat cane..anai2 pun mau idop..aku je yg tak jaga sketch book dgn jaya..huuu..:(

haa..yg ni..aku dah nak start asah bakat melukis ni balik..bukan apa, rasa tercabar bila ada sorg kawan hanya gelak besar bila aku cakap aku minat melukis..don't judge book by its cover ok! ok2..nak chow dulu..daaa",v

Terima kasih s.a.h.a.b.a.t

Post kali ni nak ringkas je. ditujukan khas buat sahabatku, Siti Hasmah Yaacob.. yg lebih mesra dgn panggilan real..sebab dia minat sungguh real madrid..dan aku lak barca!he2..;)

Kepada real, tima kasih atas kedatanganmu..mmg surprise dibuatnya.hu2. dan tima kasih jg atas hadiah konvo tadi..sedap ceklat..sukesuke..he;) sgt terharu..syukur dan bertuah dpt sahabat seperti kamu. hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikanmu.

Terima kasih asmah! :)

Daun kedidi daun keladi, lain hari..bagilah lagi.hi hi ;P   

Kehadiranmu memberi jutaan makna dlm hidupku..kamu antara insan tersayang sepanjang hayatku.. cehwah;) Apapun, semoga ukhwah ini berkekalan selamanya. ukhwah fillah! aku saayang kamulah asmah!! ",v

Jom M.u.h.a.s.a.b.a.h

Sekadar hiasan.
Terkadang sering mengeluh sendiri, iri bertandang di hati, sepi menjengah di sanubari.. haishh..ape nak jadi!!

Bila bersedih, sentiasalah motivasikan diri. fikir yg positif. ingatlah Dia selalu. pasti jiwa kan jadi tenang..damai.. antara kata-kata yg menjadi penguat semangatku..

"hujan yg turun tatkala sang mentari dicari, adalah untuk menghadiahkan pelangi yg indah"

mana mungkin bersenang andai tidak bersusah dulukan.. kata hikmah terkenal berbunyi..

"kalau nak hidup goyang kaki, jadilah org kaya..tapi kalau nak jadi org kaya, jgn hidup goyang kaki"

That's it! simple! Indahnya Bahasa Malaysia nikan.. bila twist sikit je perkataan, dah jadi maksud lain. tapi sangat dalam maknanya.

Sabarlah..bantuanNya pasti tiba tepat pada masanya. rencanaNya adalah paling baik..Dia maha tahu segala. Dialah Allah hu Rabb!

Tersedar dari rungutan, keluh kesah itu, daku monolog sendiri. Astaghfirullah..nikmat Allah yg manakah yg aku dustakan.. kubernafas udara anugerahMu, kuhirup air pemberianMu, kuberlindung di bumi ciptannMu.. tangan, kaki, mata, telingaku, semuanya adalah pinjaman dariMu.. semua berlaku dengan kehendakMu..

MasyaAllah.. ampunkan daku Ya Rabb.. jauhkanku dari menzalimi diri ini..jauhkan kami hambaMu dari menzalimi diri kami..Astaghfirullah..

Lagi-lagi..k.o.n.v.o.k.e.s.y.e.n.

Berbicara pasal konvokesyen, alhamdulillah.. selesai semuanya.. walau seminggu dah berlalu, aku masih dalam mood konvo..

Konvo kali ni memang lain..almaklum, pengalaman kali kedua di universiti yg sama. tapi kali ni, getaran, debaran masa naik pentas lain macam tol. rasa menggeletar berganda2 dari konvo degree dulu.. macam nak akad nikahlak..agaknya inilah perasaan para jejaka yg bakal diakad..ffiuhh semangat..

Walaupun mungkin tak dapat result yg cun, first class etc, pengajian kali ini mengajarku menjadi seorang siswazah atau graduan yg istiqomah dan perlu mempraktik dan berkongsi ilmu, terutamanya mengenai hasil kajian yg diperoleh..dan salah satu caranya adalah dengan menulis manuskrip. sedang berusaha ke arah itu. tolong doakanku...

Konvokesyen UKM ke-40. Bawah pokok di depan DECTAR.

Apapun.. terimalah pantun ekspres hasil nukilan hati..

sayap dikurnia seakan mimpi
terbang tinggi impian bersemi
tiba masa melangkah pergi
suka duka terpahat di hati

bergotong-royong menumbang lembu
ibadah korban ditunai diseru
pengalaman lalu mendidik kalbu
memori indah mengundang rindu

Buat UKMians.. para pensyarah, rakan seperjuangan, pegawai sains, pembantu makmal, makcik cleaner, makcik cafe..dan sume2 lah.. berpisah di sini tak bermakna selamanya..andai tiada aral kan ketemu jua..jasa anda semua amat kuhargai, akan dikenang sampai bila2..

Sayang UKM! sayang semua!
..Ingat daku dalam doamu..",v

Friday, October 26, 2012

Perihal k.a.w.a.n



 Kawan bersenang.. umpama buih di lautan.. tak payah dicari, dia datang dengan sendiri..
Kawan bersusah.. ibarat mutiara di dasar lautan.. payah dicari, hilang tiada berganti..
Aku..? lebih rela berada di dasar laut itu, terlindung disebalik hitam dan gerutunya cangkerang.. kerana walau sebelah mata pun orang tak pandang, hodoh luarannya.. hanya mereka yang 'bermata hati' melihat indah di sebalik cangkerang itu.. cantik dalamannya.. > biar low profile, asal high 'infile'..
sebab.. jika yang buih itu dipilih.. hanya sedetik sahaja bertahan, bahkan tak sampai sedetik.. terus hilang.. disambar ombak bergelora.. berteman sepi.. sendiri lagi..
Dalam hidup seharian, kita diuji berjuta ujian.. adanya kawan ibarat mutiara.. dugaan diharungi dengan cekal..tabah.. akan tetapi, adanya kawan seperti buih.. hanya menambah lagi dugaan yg ada..
Walau kawan kita hanya sedikit, tak apa, asalkan dia berkualiti.. daripada berkawan ramai..tapi langsung tak berkualiti..kan >quality is better than quantity.. 
Apapun, dalam mencari kawan sejati (ongoing process..I think), jadikanlah diri kita kawan sejati dulu.. boleh dipercayai, menjaga aibnya, susah senang tetap bersama.. dan yg terakhir.. berserah dan berdoalah padaNya.. agar dikurnia kawan yg baik.. kerana hanya Dia penentu segala urusan...",v