Friday, October 26, 2012

Perihal k.a.w.a.n



 Kawan bersenang.. umpama buih di lautan.. tak payah dicari, dia datang dengan sendiri..
Kawan bersusah.. ibarat mutiara di dasar lautan.. payah dicari, hilang tiada berganti..
Aku..? lebih rela berada di dasar laut itu, terlindung disebalik hitam dan gerutunya cangkerang.. kerana walau sebelah mata pun orang tak pandang, hodoh luarannya.. hanya mereka yang 'bermata hati' melihat indah di sebalik cangkerang itu.. cantik dalamannya.. > biar low profile, asal high 'infile'..
sebab.. jika yang buih itu dipilih.. hanya sedetik sahaja bertahan, bahkan tak sampai sedetik.. terus hilang.. disambar ombak bergelora.. berteman sepi.. sendiri lagi..
Dalam hidup seharian, kita diuji berjuta ujian.. adanya kawan ibarat mutiara.. dugaan diharungi dengan cekal..tabah.. akan tetapi, adanya kawan seperti buih.. hanya menambah lagi dugaan yg ada..
Walau kawan kita hanya sedikit, tak apa, asalkan dia berkualiti.. daripada berkawan ramai..tapi langsung tak berkualiti..kan >quality is better than quantity.. 
Apapun, dalam mencari kawan sejati (ongoing process..I think), jadikanlah diri kita kawan sejati dulu.. boleh dipercayai, menjaga aibnya, susah senang tetap bersama.. dan yg terakhir.. berserah dan berdoalah padaNya.. agar dikurnia kawan yg baik.. kerana hanya Dia penentu segala urusan...",v

No comments:

Post a Comment