Saturday, October 27, 2012

Lagi-lagi..k.o.n.v.o.k.e.s.y.e.n.

Berbicara pasal konvokesyen, alhamdulillah.. selesai semuanya.. walau seminggu dah berlalu, aku masih dalam mood konvo..

Konvo kali ni memang lain..almaklum, pengalaman kali kedua di universiti yg sama. tapi kali ni, getaran, debaran masa naik pentas lain macam tol. rasa menggeletar berganda2 dari konvo degree dulu.. macam nak akad nikahlak..agaknya inilah perasaan para jejaka yg bakal diakad..ffiuhh semangat..

Walaupun mungkin tak dapat result yg cun, first class etc, pengajian kali ini mengajarku menjadi seorang siswazah atau graduan yg istiqomah dan perlu mempraktik dan berkongsi ilmu, terutamanya mengenai hasil kajian yg diperoleh..dan salah satu caranya adalah dengan menulis manuskrip. sedang berusaha ke arah itu. tolong doakanku...

Konvokesyen UKM ke-40. Bawah pokok di depan DECTAR.

Apapun.. terimalah pantun ekspres hasil nukilan hati..

sayap dikurnia seakan mimpi
terbang tinggi impian bersemi
tiba masa melangkah pergi
suka duka terpahat di hati

bergotong-royong menumbang lembu
ibadah korban ditunai diseru
pengalaman lalu mendidik kalbu
memori indah mengundang rindu

Buat UKMians.. para pensyarah, rakan seperjuangan, pegawai sains, pembantu makmal, makcik cleaner, makcik cafe..dan sume2 lah.. berpisah di sini tak bermakna selamanya..andai tiada aral kan ketemu jua..jasa anda semua amat kuhargai, akan dikenang sampai bila2..

Sayang UKM! sayang semua!
..Ingat daku dalam doamu..",v

No comments:

Post a Comment